Nufnang Ads

Friday, January 1, 2010

ALAHAI...SAHABAT...SAHABAT...

ERTI PERSAHABATAN

Kenali dirimu…

Ramai yang menemui sahabat namun gagal meneruskan persahabatan kerana tidak pandai memainkan peranan masing-masing. Jom kita lihat beberapa benda yang perlu kita ambil tahu untuk menjadi sahabat baik dunia akhirat…



· Senangkan dirimu untuk senangkan kawanmu. Jangan malu melakukan hal2 yang agak gila-gila dengan kwn….tapi jangan lakukan perkara gila sudah….


· Sedia menjadi motivator untuk sahabatmu…tidak kita waktu suka, duka, senang, susah…senang cakap sentiasa ada disampingnya membantu sedaya kamu untuk menyelesaikan permasalahan si dia.


· Bersikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk menerima sebarang kejutan. Mungkin pada permulaan persahabatan, si dia belum begitu terbuka untuk berterus terang dengan anda tentang dirinya, mungkin tentang latar belakang budaya atau keluarganya yang dianggap satu yang memalukan untuk dikongsi bersama anda. Jadi jika si dia terbuka untuk menceritakan tentang kisah gelap tersebut, janganlah anda sebagai sahabat menyisihkannya, hanya kerana salah orang lain...


· Jadilah pendengar yang baik untuk si dia. Biarkan dia menceritakan segala permasalahan kepada kamu. Biarlah persahabatan kamu, sama2 tertawa, sama2 menangis, sama2 segalanya pendek kata.


· Setia dan toleransi. Sentiasa hadir dalam suka dan dalam duka kehidupan si dia. Jangan datang tika waktu suka2 saja, dan lari bila kawan ada masalah. Jangan jadi kawan makan kawan k...


Rasanya setakat ini saja isu diskusi kita kali ini. Harap artikel ni dapat dimanfaatkan oleh anda2 diluar utk jd sahabat yg lebih memahami, setia, dan baik...

No comments: