PENTINGKAN SAHABAT ATAU DIRIMU SENDIRI???
Ni ada trivia yang best saya jumpe dalam satu majalah ni...try ler jawap...untuk ketahui anda jenis yang mana...
Kamu...
· Akhir-akhir ini kamu banyak menghabiskan waktu mengikuti kelas dan persatuan yang baru disertai
· Kamu pernah membocorkan rahsia sahabat
· Pernah menolak pelawaan sahabat ketika die ingin meluahkan rasa hati
· Bengang apabila sahabat bercerita tentang perkara yang remeh temeh sahaja
· Menunggu sahabat anda bergayut lama di telefon membuatkan anda geram n ‘fed up’
· Si dia suka bergayut lama2 tapi kamu tidak. Si dia suka berbua; dengan kamu menerusi telefon rumahnya
· Setiap kali berbincang, kamu akan memaksa dia menerima sarananmu
· Jika diingat2kan semula, kamu memang suka bersembang dengan si dia. Macam2 yang kamu sembangkan. Asyik!
· Selalunya kamu akan buat bodoh jika sahabat sedang bercakap dengan kamu
Sahabat...
· Sahabat lebih banyak berbual dan menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain daripada bersamamu
· Sahabat pernah mengadu kamu sudah jarang keluar bersamanya sejak kebelakangan ini
· Sahabat tahu kalau kamu tidak suka diganggu pada masa2 tertentu
· Kamu dapat tahu sahabat selalu ambil berat tentang sebarang masalah yang kamu hadapi
· Sahabat kamu sudah punya teman istimewa sekarang malah sering bersamanya
· Sahabat tahu yang kamu memang selalu bimbangkan dirinya yang sentiasa bermasalah
· Setelah lama bersahabat, barulah kamu tahu sebenarnya si dia sangat memilih kawan untuk bercerita dan berbual
· Sahabat tahu kamu tidak suka berkawan dengan kawan-kawan tertentu misalnya musuh kamu....
· Baru2 ni kamu ada buat silap terhadap si dia
Jawapan iya banyak pada bahagian kamu...atau sahabat...??? Dalam post seterusnya kita kongsikan jawapan utk trivia ni ek...Tunggu tau…
No comments:
Post a Comment