There was an error in this gadget

Nufnang Ads

Wednesday, January 6, 2010

ALAHAI...JOM MENGURUT!!!...

URUTAN...JOM KITA TRY!!!


Hai kawan2...bersua lagi kita...Hari ni saya nak bawa anda2 semua untuk membuat urutan yang...mmm...agak simple...tapi kesannya...agak ok r... Senang, mudah, dan simple... Just give a try k!!!


1. Daya Tumpuan

Urutan ini dilakukan di bahagian hidung antara dua mata. Picit secara lembut ke atas dan bertahan selama 3 kiraan. Kemudian picit secara menurun pula. Ulangi sebanyak 3 kali. Urutan ini baik untuk daya pemikiran, intelektual & tumpuan anda.


2. Keseimbangan

Urutan ini masih di tempat yang sama. Urut di bahagian batang hidung kiri dan kanan dengan menggunakan hujung jari. Semakin lama mengurut kenakan semakin sedikit tekanan. Ulang dalam kitaran 24 kali.


3. Tenaga yang lebih segar

Urutan ini digunakan di pesisiran rambut dikepala...Dekat area antara rambut & dahi. Gunakan semua jari dengan meletakkan ibu jari dibahagian belakang telinga. Kemudian tolak jari-jemari kebahagian luar titik meridian secara lembut. Ulang dalam kitaran 24 kali.


4. Memori

Urutan ini dibahagian bahu. Just picit bahu andan menggunakan jari-jemari. Urutan ini bagus bagi melegakan tekanan & melancarkan perjalanan darah ke otak.


5. Daya hidup

Genggam tangan antara ibu jari dan jari. Kemudian picit perlahan-lahan. Dan ulang dalam 12 kali. Urutan ini pula bagus untuk menyalurkan tenaga ke seluruh badan.

No comments: